Kami berdakwah dan mendekati masyarakat.
Melalui platform ini, kami membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang secara konsisten dan mudah — demi memperkukuh usaha dakwah serta membantu kebajikan umum.
Mudahkan Urusan Dakwah
- Pembelian bahan dakwah (risalah, naskhah Quran, banner, dll)
- Menjalankan program pengisian rohani dan kebajikan

Senarai Infaq Harmoni
Infaq Umum
Bantu Perjalanan Dakwah - Infaq Umum yang Menyokong Segala Keperluan
Kenapa Anda Perlu Sertai Misi Dakwah Kami?
Kami percaya setiap insan mampu menyumbang kepada kebaikan. Sertai kami dalam menyebarkan kasih sayang Islam melalui infaq, ziarah, dan dakwah penuh hikmah.
Nilai di Sisi Allah
Setiap senyuman, langkah dan usaha anda dalam membantu kami menyebarkan mesej Islam adalah sedekah. Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat." – Hadis Riwayat Bukhari
Jadi Sukarelawan Dakwah
Tak semua perlu berceramah. Ada yang bantu edarkan risalah, ada yang sertai ziarah pesakit, bantu pengurusan program, atau sekadar menyokong di belakang tabir. Anda tetap sebahagian dari misi dakwah ini.
Komuniti Harmoni
Bila anda bersama kami, anda tak bergerak sendirian. Kita satu pasukan — menyantuni remaja, menyapa non-Muslim dengan senyuman, membimbing saudara baru, dan menyebarkan rahmat Islam dalam masyarakat.




